Thursday 25 February 2016

Selamat Datang Ke Laman Web Bengkel Kraftangan Tenunan Dastar



Sejak dari dahulu lagi masyarakat Irranun yang menetap di sekitar Kota Belud mahir dalam menghasilkan pelbagai kerja tangan seperti menenun, menyulam dan bermain alat muzik. Uniknya hasil kerja tangan masyarakat Irranun ini bukan sahaja untuk kegunaan sendiri tetapi juga untuk memenuhi keperluan suku kaum lain seperti orang Bajau dan orang Dusun. Kampung Rampayan Laut yang terletak lebih kurang 30 km dari pekan Kota Belud, antara perkampungan kaum Irranun yang terkenal dengan hasil tenunan dastar. Bagi memastikan seni kemahiran yang menjadi kebanggaan kaum Irranun ini terus berkembang, Hajah Pandian memberikan latihan dan bimbingan menenun kepada remaja lepasan sekolah yang tinggal berhampiran dengan rumah beliau. Rumah beliau dijadikan sebagai bengkel melatih penenun muda yang berminat.


Antara peralatan untuk membuat dastar:






Antara tenunan dastar yang dihasilkan:







Antara produk-produk yang dihasilkan dari dastar:























No comments:

Post a Comment